Bicara berirama adalah satu persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Sementara suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.
Bagi mendapatkan keseragaman persembahan, penghayatan, dan kreativiti, peranan konduktor dan semangat kesatuan dalam pasukan membolehkan sesuatu persembahan itu dapat disampaikan dengan jayanya.
Comments
Post a Comment