Taman Botani Shah Alam Using Osmo Mobile 2

Taman yang telah dibuka pada tahun 1986 . 


Taman ini dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan 

  1. Botani
  2. Hortikultur
  3. Pertanian 
Serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Taman ini unik kerana menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika.


Sejak dibuka, telah 3 kali namanya di tukar.

  1. Semasa ia baru dibuka pada 1986, ia dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.
  2. Kemudian pada tahun 1991, setelah taman ini dimasyhurkan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam.
  3. Pada tahun 2007, namanya sekali lagi di tukar kepada Nama Taman Botani Negara Shah Alam berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007.


Comments